Saturday, February 26, 2011

KEMENANGAN PRO MAHASISWA...

Kemenangan Pro Mahasiswa Universiti Malaya dalam pilihan raya kampus yang berlangsung pada 21 Februari 2011 ini merupakan turning point kepada gerakan mahasiswa seluruh Malaysia amnya.23 kerusi dimenangi iaitu keseluruhan kerusi umum sebanyak 9 kerusi dan selebihnya iaitu 14 kerusi fakulti,sementara Penggerak Mahasiswa hanya memenangi 14 kerusi diikuti Bebas memenangi 5 kerusi sahaja.

Sepanjang tempoh penamaan calon,kempen hinggalah kepada pembuangan undi terlalu banyak sebenarnya kebobrokan yang berlaku antaranya keputusan penamaan calon lambat diumumkan,terdapat 3 orang calon Pro Mahasiswa dibantah pencalonan atas alasan gambar mereka terdapat pada poster sebelum ini.Namun,bantahan ditolak dalam 3 orang calon tadi layak bertanding.Selain itu,pihak Pro Mahasiswa tidak dibenarkan membuat bantahan,kesukaran berkempen di kolej-kolej kediaman dan sebagainya.

Di samping itu,calon pasca siswazah juga dibenarkan bertanding,namun kebanyakan mahasiswa UM tidak mengetahui hal tersebut.Yang menjadi tanda tanya,calon dari pasca sisswazah yang bertanding itu tidak mengikuti bengkel calon,namun syarat bertanding adalah wajib mengikuti bengkel tersebut.....akhirnya bantahan terhadap calon tersebut dijalankan dan keputusannya tiada calon dari pasca siswazah bertanding pada pilihanraya kali ini.

Peraturan dan pengurusan pada PRK kali ini oleh pihak pentadbiran yang menyerabutkan banyak menimbulkan kesusahan terhadap banyak pihak terutamanya kepada mahasiswa.Penggunaan 4E iaitu e-penamaan,e-bantahan,e-rayuan dan e-voting saya kira agak tidak berjaya dengan peratusan mahasiswa yang turun mengundi.Di samping itu,saya melihat faktor tempat mengundian yang dijalankan di kolej-kolej kediaman dan Akademi Pengajian Melayu merupakan tempat yang agak tidak strategik memandangakan hari tersebut mahasiswa ramai berada di fakulti masing-masing dan agak jauh dari tempat pengajian mahasiswa sebenarnya.

Saya melihat kemenangan yang dicapai Pro Mahasiswa merupakan satu anugerah Allah di samping mahasiswa kampus kian sedar siapakah sebenarnya pemimpin yang layak dalam menerajui UM dalam membawa suara mereka ke peringkat atasan.

Syabas dan tahniah Pro Mahasiswa,teruskan melakukan perubahan dan pembaharuan kerana kita bukanlah boneka yang boleh diarahkan...namun kita mempunyai idealis dan visi tersendiri....


No comments:

Post a Comment