Monday, May 23, 2011

.:AKU 5 TAHUN AKAN DATANG.....




Bismillahhirrahmanirrahim......

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana masih memberikan keizinan kepada diri ini merasai nikmat iman dan Islam yang tidak semua hambaNya yang lain dapat merasainya.Selawat dan salam dihulurkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda,para sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat......amin.

Siapakah aku 5 tahun akan datang.....sungguh menarik tajuk artikel yang diberikan naqibah Kak Asyanti sehinggakan tidak sabar untukku memuntahkan segala yang terbungkam dalam benak diri ini sejak sekian lama agaknya.Dalam keasyikan menulis artikel ini,tanganku agak kaku mencoret bingkisan dalam warkah ini dek kerana tidak menjinakkan dan membiarkan sahaja tangan ini memacu pena untuk berkarya..... “Ahh ruginya aku”,hati kecilku berbicara.

Kini aku hanya menunggu masa untuk melonjakkan kaki untuk keluar dari alam kampus ini.Hal ini disebabkan anak didikku seolah-olah memanggilku kerana mereka lemas dan hanyut oleh jahiliyyah moden yang menghantui serta membelenggu penghidupan mereka.Aku ingin menjadi murobbiah buat anak didikku yang mana aku ingin menyampaikan idea faham Islam untuk mereka agar mereka tidak lagi tersangkut dalam kancah tsunami sosial yang sangat teruk.Pencerahan akhlak Islamiyyah amat perlu untukku terapkan dalam lubuk hati mereka,mudah-mudahan mereka sedar bahawasanya Islam menuntut keadilan untuk semua.Di samping anak didikku yang memperoleh kefahaman Islam ini,inginku jua sunting para guru,staff-staff sekolah serta ibu bapa anak-anak murid ini agar kembali berpegang kepada cara hidup Islam yang sebenar.Misiku,ingin ku jadikan setiap sekolah yang aku duduki seperti “Daulah Islam” kecil yang mempraktikkan Islam keseluruhannya.Visi besarku....sistem pendidikan Malaysia perlu dipulihkan melalui peringkat-peringkat kecil yang perlu aku laksanakan.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 false false false MS X-NONE AR-SA

Di samping pemulihan sistem pendidikan ini,aku melihat ekonomi umat Islam jauh ke belakang dan wajib diperkasakan.Aku mahu menjadi orang kaya untuk Islam.....biar sistem ekonomi aku pegang.Aku ingin sekali membuka pusat rawatan dan kecantikan Islam atau lebih sinonim dengan panggilan SPA...Hasratku,inginku menamakan SPA ini dengan nama Aisyah Al Insyirah SPA and Beuty bersempena nama anak perempuan pertamaku....Insyaallah.Alhamdulillah,kelebihan yang Allah Taala berikan kepadaku iaitu mengurut,Insyaallah akanku manfaatkan sepenuhnya.Bukan aku sahaja yang akan menguruskan SPA ini,tetapi beberapa lagi sahabat seperjuangan yang telah aku pelawa mereka atas kapasiti yang ada pada mereka iaitu urutan,dandanan,kajian dan sebagainya.Insyallah,gunakan segala kelebihan yang ada pada masing-masing.


Disamping itu,ingin sekali aku usahakan produk berasaskan kacang soya.Oleh kerana modalnya yang kecil tetapi mendatangkan keuntungan yang besar di samping kacang soya tersebut boleh divariasikan menjadi produk yang pelbagai seperti air soya,tempe,tauhu,taucu,taufufah,kicap dan produk kecantikan.Untuk yang pertamanya,kacang soya tersebut akau beli terlebih dahulu....sekiranya dalam masa tiga tahun perusahaan aku ini mendatangkan keuntungan yang lumayan,aku akan membuka sendiri ladang penanaman kacang soya.Bukan sahaja boleh dijual kacang soya mentah bahkan boleh diproses untuk syarikat aku sendiri....Inginku menamakan syarikat ini sebagai Abdullah Al Umar Corporation bersempena cahaya mata lelaki pertamaku.....Insyaallah.

Aku mengambil langkah untuk berada di medan pendidikan dan ekonomi bukanlah bermakna aku mengenepikan perjuangan.Namun,biarlah aku membantu Islam dalam kapasiti yang ada pada aku ini.Insyaallah,perkaderan ahli akanku laksanakan di sekolah-sekolah dan dalam syarikat aku sendiri.Selain itu,aku jua akan membantu jemaah Islam di tempat yang aku diami nanti....biiznillah.

Kancah kehidupan manusia berbeza,biarpun berbeza namun perlu adanya sekelumit usaha untuk menegakkan dan memberi idea faham Islam kepada semua......